ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT DATANG KE LAMAN HPA CAWANGAN RENGIT

Bacalah Buku NIAT m/s 78 Untuk Menjadi Pekerja HPA Yang Cemerlang & Bertanggungjawab

Wednesday, October 28, 2009

BULETIN HPA RENGIT SIRI 2


KERATAN KOSMO 28 OKTOBER 2009

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKAN RADIX CHICKEN HOUSE


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.

Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut."Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi."Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.

Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPURAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.INI KES RESTORAN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLE SEBUT NAMA...

Saturday, October 24, 2009

PERASMIAN RFC KLUANG 24 OKTOBER 2009

RFC satu altenatif. ( KINI BEROPERASI DI KLUANG JOHOR )



















Setelah menanti, akhirnya masanya tiba juga, akhirnya warga selatan dapat menikmati ayam organik yang halal, fresh & organik. Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa.Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya. Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran. Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal,bebas dari penggunaan antibiotik,bebas dari penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan. RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri. Chili sos, tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.
Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA. Manakala restoran RFC pula akan di "franchise" kepada ahli-ahli HPA yang berminat. Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh
Malaysia. InsyaAllah.

.

“TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI HPA”


PROGRAM MOTIVASI BERSAMA GM EN.FAISOL

Pada 23 Oktober 2009, telah berlangsungnya 1 perjumpaan motivasi di Dewan Nuruddin Fahmi pada pukul 3.00ptg bersama GM En Faisol Abd Rahman. Perjumpaan dihadiri oleh semua eksekutif cawangan zon selatan, staf Radix Friend Chicken, Radix Chicken House Staf Gudang serta pengawai – pengawai dari pusat pentadbiran zon selatan. Program motivasi bersama GM membicarakan tentang customer service & tanggungjawab sebagai staf HPA. En Faisol telah memberi amanat supaya semua cawangan sentiasa menberikan customer service yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke cawangan, RFC & RCH bertujuan supaya pelanggan akan datang lebih dari sekali kerana khidmat pelanggan bertaraf 5 bintang seperti di hotel 5 star. Kapal terbang & restoran –restoran makanan segera yang terkenal.Amanat lain adalah supaya staf HPA menjaga nama baik Hpa, Tidak terlibat dengan gejala social & dadah, meningkatkan sales cawangan, meningkatkan ilmu tentang HPA & tidak mengabaikan tuntutan hpa iaitu solat, dhuha & mathurat. Sebelum menghadiri programnya, kesemua staf telah diberi kata kata motivasi oleh En Faisol iaitu JANGAN JADIKAN KITA TERTIPU 2 KALI DALAM MASA 2 HARI bermaksud tidak ada perubahan kehidupan dalam 2 hari dan masa seterusnya.