ASSALAMUALAIKUM....SELAMAT DATANG KE LAMAN HPA CAWANGAN RENGIT

Bacalah Buku NIAT m/s 78 Untuk Menjadi Pekerja HPA Yang Cemerlang & Bertanggungjawab

Sunday, July 12, 2009

MINI KONVEKS JOHOR 2009





Mini Konveks Johor 2009 telah diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 4 Julai yang lepas.Konveks ini dianjurkan oleh Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) yang dihadiri oleh seluruh warga Negeri Johor.Bertepatan dengan Konvek HPA 2009 yang akan diadakan tidak lama lagi, Pihak penganjur Konveks tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan program sebegini untuk memberikan penghargaan kepada ahli-ahli yang bergabung dibawah Kelab Al-Wahida Selatan.

Pengerusi KAS, PJS En Rahmat b. Daim berkata matlamat mengadakan konveks ini adalah untuk menyatakan rasa bangga kepada semua AJk Kelab lantaran usaha dan kerjasama menjayakan segala aktiviti kelab dan PBC sepanjang tahun 2008/09,tambah beliau kejayaan mengadakan Mini Konvek Johor ini adalah tanda kebersamaan dengan ahli kelab dalam menjayakan anugerah pengurniaan pangkat kepada ahli yang setia berkhidmat tanpa mengira masa, wang ringgit serta tenaga, demi perjuangan ummah.Juteru beliau menyatakan syabas kepada mereka yang berjaya menerima anugerah,moga berjaya menjadi usahawan HPA yang cemerlang.

Mini Konveks ini telah dirasmikan dengan ucaptama oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd, Tuan Hj Ismail b Hj Ahmad serta menganugerahkan hadiah dan pangkat kepada ahli-ahli HPA Johor.Turut hadir bersama ialah isteri Pengarah Urusan Pn Asma, AGM Pn Zaimah, AGM Puan Siti Hazliana, AGM Ismail Omar, PJS Hafizan Fauzi (Presiden KPA), seluruh Komuniti Johor, Staf-staf HPA serta ahli-ahli HPA seluruh negeri Johor.

GAMBAR SEPANJANG KONVEK

Dipetik dari HPA TRAINING, IT & MULTIMEDIA

No comments:

Post a Comment